Rohana Rahmat
ICT adalah satu bidang yang sangat meluas dan pada zaman ini, penggunaannya dalam bidang pendidikan adalah penting tidak kira apa jua kursus yang diajar.
Bagi saya yang mengajar kursus-kursus di dalam bidang senibina, walaupun tidak mendapat pendidikan ICT secara formal, adalah menjadi satu keperluan untuk mempelopori sendiri bidang ini yang sentiasa berkembang dengan pantas.
Penggunaan ICT dalam mencari maklumat arkitek di seluruh dunia, rekabentuk terkini, sejarah senibina terdahulu dan lain-lain informasi dapat membantu memberi idea kepada tenaga pengajar dan pelajar sendiri.
Apatah lagi perisian untuk merekabentuk yang boleh didapati secara online seperti 'sketch up' dapat membantu pelajar menghasilkan presentation drawing yang lebih menarik.
Maka, saya berharap dengan mengambil kursus ini, saya akan mendapat input yang berguna dari segi teknikal mahupun pengetahuan tentang isu-isu semasa dalam bidang ICT ini. Bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan amatlah dihargai...
Rohana Rahmat
Salam..

Sebagai pengenalan, di sini saya ingin menghuraikan definisi ICT terlebih dahulu. Perkataan 'ICT' ialah singkatan daripada "Information and Communication Technologies" dan ia membawa maksud teknologi di dalam informasi dan komunikasi।

ICT bukan lagi perkataan yang asing dewasa ini, malah kegunaannya boleh dilihat secara meluas di dalam pelbagai bidang. Namun, di sini saya hanya akan menghuraikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan utama ICT di dalam pendidikan ialah melaksanakan penggunaan peralatan serta kelengkapan ICT di dalam proses P&P sebagai media dan juga sebagai kaedah. Secara umumnya, ICT di dalam pendidikan bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer di samping memahami isu-isu sosial dan etika yang berkaitan. Penggunaan ICT di dalam pendidikan juga membolehkan pembelajaran berlangsung menerusi "multiple intelligence" contohnya seperti permainan simulasi. Ini membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dalam kalangan pelajar.

Informasi di dalam blog http://www.cikgublog.com/?p=199 juga menarik dibaca.

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologies_in_education