Rohana Rahmat

Aplikasi Google For Educators memang menarik. Banyak yang boleh diterokai secara online dan yang pentingnya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.

Sebagai pendidik, saya juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mencuba dan merasai pengalaman menjalankan P&P secara online. Baru-baru ini, saya telah mewujudkan satu kumpulan (group) untuk matapelajaran yang diajar iaitu Rekabentuk Senibina 3. Kumpulan ini saya namakan rsb3. Semester baru sahaja bermula dan saya telah memberi tugasan kepada mereka untuk mencari konsep dan membuat 'precedent study' berkaitan rekabentuk yang akan dihasilkan. Menarik bila mereka cuba juga untuk memberikan komen di atas tajuk discussion yang saya berikan walaupun masih baru dengan kaedah ini.

Perkongsian maklumat dan bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menjimatkan kos percetakan.

Harapan saya semoga pelaksanaan kaedah ini dapat memberi manfaat kepada mereka dan meningkatkan kualiti rekabentuk yang akan dihasilkan...

Rohana Rahmat
Salam... kelas Isu-isu ICT di dalam pendidikan kami baru sahaja tamat. Walaupun line malam kurang elok, mungkin disebabkan cuaca yang kurang elok, banyak info berguna yang saya perolehi. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info yang saya cari berdasarkan slaid yang dibentangkan oleh pensyarah kami, Tn Hj Nazri.

  1. Info mengenai Smart School blueprint (Cadangan konsep pelaksanaan Sekolah Bestari) di Malaysia.
  2. Info mengenai tokoh akademik yang memperjuangkan penggunaan ICT dalam P&P iaitu Prof Seymour Papert.
Sangat berguna untuk saya dan semoga berguna untuk anda juga.
Rohana Rahmat
Sudah lama juga blog ini tidak sempat di update disebabkan oleh kekangan masa dan kerja seharian.
Kebetulan pada hari ini (09 Ogos 2010) jam 8.15pm, kelas ICT kami telah dijalankan secara online menggunakan salah satu web conferencing tools iaitu Dimdim. Maka, saya ingin berkongsi pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang sesi kelas berlangsung pada hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Sebelum ini, tidak pernah saya bayangkan yang saya akan terlibat menggunakan kemudahan ICT seperti ini walaupun sering saya dengar mengenainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ianya sungguh mudah dan memudahkan. Bayangkanlah, kebanyakan kami pelajar-pelajar kelas ini tinggal jauh dari kampus universiti kami, UPSI kerana kebanyakannya ialah pelajar separuh masa. Berapa banyak kos yang boleh dijimatkan dan betapa mudah pembelajaran boleh berlaku. Bagi saya yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah, pemantauan kerja sekolah anak boleh dibuat sambil belajar. Dan saya pasti rakan-rakan sekelas lainnya pun merasai kemudahan pembelajaran secara virtual ini.