Rohana Rahmat
Di sini saya kongsikan beberapa video lagi untuk pembelajaran asas aplikasi SketchUp. Pengetahuan asas ini jika dikuasai akan memudahkan anda untuk membuat apa sahaja bentuk dalam 3D. Kelebihan SketchUp ini ialah ia sangat mudah dipelajari dan sangat mudah juga digunakan.

Setelah melihat kedua-dua video di atas, anda boleh cuba mengaplikasikan pengetahuan asas dengan membuat satu bentu mudah seperrti di bawah. Boleh diperhatikan bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh dipilih mengikut kebolehan anda. Selamat Mencuba!!
Rohana Rahmat
Salam Lebaran...

Dalam era pendidikan kini, pembelajaran lebih tertumpu kepada student-centered atau istilah lainnya , learner-centered berbanding kaedah tradisional iaitu penerangan secara kuliah oleh guru. Huraian kepada istilah tersebut akan saya berikan pada post akan datang. Di sini apa yang saya ingin kongsikan ialah perubahan dalam pendidikan yang telah berlaku di dalam bidang yang saya ceburi iaitu Senibina (Architecture).

Apa yang saya pelajari 9 tahun lepas dengan kurikulum terkini secara asasnya memanglah sama, namun dari segi teknologi rekacipta, banyak yang telah dipermudahkan melalui software-software terkini yang banyak membantu menjadikan lukisan persembahan dan lukisan kerja tersebut lebih menarik.

Antara software yang selalu digunakan dalam merekabentuk ialah SketchUp. Ia adalah program 3 dimensi (3D) yang dicipta untuk arkitek, jurutera awam, pembuat filem, pereka permainan, dan kerjaya berkaitan. SketchUp dibina dengan cara penggunaannya lebih mudah daripada program 3D CAD.

SketchUp mula diperkenalkan pada Ogos 2000 sebagai alat rekaan umum untuk 3D
dengan tagline "3D for everyone". Program ini telah memenangi Community
Choice Award pada tahun 2000. Kunci kejayaan awalnya ialah masa yang diperlukan
untuk mempelajari SketchUp adalah lebih singkat berbanding program 3D yang lain.
Pada April 2006, Google telah melancarkan Google SketchUp iaitu versi yang boleh
dimuat turun secara percuma. Versi percuma ini tidaklah sehebat SketchUp Pro,
namun ia mengandungi aplikasi yang membolehkan hubungan dengan Google Earth dan Google 3D Warehouse.

Semua aplikasi ini sangat membantu pelajar di dalam pembelajarannya. Guru akan hanya memberikan tajuk rekabentuk dan penerangan ringkas mengenai penggunaan SketchUp di dalam kelas. Adalah menjadi menjadi tugas pelajar sendiri untuk memahirkan diri di dalam penggunaan software tersebut kerana masa pembelajaran di dalam kelas adalah terhad. Di sinilah pentingnya peranan guru sebagai fasilitator dan pelajar sebagai tenaga penggerak bagi pembelajarannya sendiri. Bagi membantu pelajar memahirkan diri menggunakan SketchUp, terdapat banyak video pembelajaran yang boleh membantu.

Pengenalan dan asas menggunakan SketchUp boleh dipelajari dengan melihat video berikut:
Rohana Rahmat
Aplikasi Google bukanlah satu nama baru bagi mereka yang biasa melayari internet.
Namun, penggunaan Google For Educators adalah baru bagi saya dan semakin mengenalinya, saya dapati banyak lagi yang boleh diterokai dan digunakan sebagai kaedah alternatif untuk P&P.
Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah:
SEARCH
COMMUNICATE, SHOW & SHARE
NEWLY FEATURED

Setakat ini aplikasi blogger, calendar, docs, groups, sketchup, dan booksearch telah diterokai, namun masih banyak yang belum dipelajari. Benarlah kata orang bahawa "semakin banyak berjalan, semakin luas pemandangan" dan "semakin tinggi belajar, semakin banyak yang tidak tahu".
Rohana Rahmat
Salam RAMADHAN...
Sedikit selingan di bulan yang mulia ini.
Andai anda merasa bosan menghadap komputer sepanjang hari untuk membuat kerja, atau terasa hendak mengaji tetapi tiada Al Quran di sisi, apakata cuba online Al-Quran ini.

Dikirim oleh sahabat kepada sahabat saya, ia membuatkan saya sedar bahawa penggunaan ICT sangat meluas... termasuklah untuk berdakwah dan menyebarkan peringatan untuk kita sentiasa beribadah.
Semoga amalan kita diberkati... Amin
Rohana Rahmat

Aplikasi Google For Educators memang menarik. Banyak yang boleh diterokai secara online dan yang pentingnya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.

Sebagai pendidik, saya juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mencuba dan merasai pengalaman menjalankan P&P secara online. Baru-baru ini, saya telah mewujudkan satu kumpulan (group) untuk matapelajaran yang diajar iaitu Rekabentuk Senibina 3. Kumpulan ini saya namakan rsb3. Semester baru sahaja bermula dan saya telah memberi tugasan kepada mereka untuk mencari konsep dan membuat 'precedent study' berkaitan rekabentuk yang akan dihasilkan. Menarik bila mereka cuba juga untuk memberikan komen di atas tajuk discussion yang saya berikan walaupun masih baru dengan kaedah ini.

Perkongsian maklumat dan bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menjimatkan kos percetakan.

Harapan saya semoga pelaksanaan kaedah ini dapat memberi manfaat kepada mereka dan meningkatkan kualiti rekabentuk yang akan dihasilkan...

Rohana Rahmat
Salam... kelas Isu-isu ICT di dalam pendidikan kami baru sahaja tamat. Walaupun line malam kurang elok, mungkin disebabkan cuaca yang kurang elok, banyak info berguna yang saya perolehi. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info yang saya cari berdasarkan slaid yang dibentangkan oleh pensyarah kami, Tn Hj Nazri.

  1. Info mengenai Smart School blueprint (Cadangan konsep pelaksanaan Sekolah Bestari) di Malaysia.
  2. Info mengenai tokoh akademik yang memperjuangkan penggunaan ICT dalam P&P iaitu Prof Seymour Papert.
Sangat berguna untuk saya dan semoga berguna untuk anda juga.
Rohana Rahmat
Sudah lama juga blog ini tidak sempat di update disebabkan oleh kekangan masa dan kerja seharian.
Kebetulan pada hari ini (09 Ogos 2010) jam 8.15pm, kelas ICT kami telah dijalankan secara online menggunakan salah satu web conferencing tools iaitu Dimdim. Maka, saya ingin berkongsi pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang sesi kelas berlangsung pada hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Sebelum ini, tidak pernah saya bayangkan yang saya akan terlibat menggunakan kemudahan ICT seperti ini walaupun sering saya dengar mengenainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ianya sungguh mudah dan memudahkan. Bayangkanlah, kebanyakan kami pelajar-pelajar kelas ini tinggal jauh dari kampus universiti kami, UPSI kerana kebanyakannya ialah pelajar separuh masa. Berapa banyak kos yang boleh dijimatkan dan betapa mudah pembelajaran boleh berlaku. Bagi saya yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah, pemantauan kerja sekolah anak boleh dibuat sambil belajar. Dan saya pasti rakan-rakan sekelas lainnya pun merasai kemudahan pembelajaran secara virtual ini.