Rohana Rahmat
Aplikasi Google For Educators memang menarik. Banyak yang boleh diterokai secara online dan yang pentingnya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.
Sebagai pendidik, saya juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mencuba dan merasai pengalaman menjalankan P&P secara online. Baru-baru ini, saya telah mewujudkan satu kumpulan (group) untuk matapelajaran yang diajar iaitu Rekabentuk Senibina 3. Kumpulan ini saya namakan rsb3. Semester baru sahaja bermula dan saya telah memberi tugasan kepada mereka untuk mencari konsep dan membuat 'precedent study' berkaitan rekabentuk yang akan dihasilkan. Menarik bila mereka cuba juga untuk memberikan komen di atas tajuk discussion yang saya berikan walaupun masih baru dengan kaedah ini.
Perkongsian maklumat dan bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menjimatkan kos percetakan.
Harapan saya semoga pelaksanaan kaedah ini dapat memberi manfaat kepada mereka dan meningkatkan kualiti rekabentuk yang akan dihasilkan...
Rohana Rahmat
Salam... kelas Isu-isu ICT di dalam pendidikan kami baru sahaja tamat. Walaupun line malam kurang elok, mungkin disebabkan cuaca yang kurang elok, banyak info berguna yang saya perolehi. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info yang saya cari berdasarkan slaid yang dibentangkan oleh pensyarah kami, Tn Hj Nazri.
- Info mengenai Smart School blueprint (Cadangan konsep pelaksanaan Sekolah Bestari) di Malaysia.
- Info mengenai tokoh akademik yang memperjuangkan penggunaan ICT dalam P&P iaitu Prof Seymour Papert.
Sangat berguna untuk saya dan semoga berguna untuk anda juga.
Rohana Rahmat
Sudah lama juga blog ini tidak sempat di
update disebabkan oleh kekangan masa dan kerja seharian.
Kebetulan pada hari ini (09 Ogos 2010) jam 8.15pm, kelas ICT kami telah dijalankan secara
online menggunakan salah satu
web conferencing tools iaitu
Dimdim. Maka, saya ingin berkongsi pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang sesi kelas berlangsung pada hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Sebelum ini, tidak pernah saya bayangkan yang saya akan terlibat menggunakan kemudahan ICT seperti ini walaupun sering saya dengar mengenainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ianya sungguh mudah dan memudahkan. Bayangkanlah, kebanyakan kami pelajar-pelajar kelas ini tinggal jauh dari kampus universiti kami, UPSI kerana kebanyakannya ialah pelajar separuh masa. Berapa banyak kos yang boleh dijimatkan dan betapa mudah pembelajaran boleh berlaku. Bagi saya yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah, pemantauan kerja sekolah anak boleh dibuat sambil belajar. Dan saya pasti rakan-rakan sekelas lainnya pun merasai kemudahan pembelajaran secara
virtual ini.
Rohana Rahmat
Dalam pada mencari artikel yang menarik untuk dimuatkan dalam blog ini, saya terjumpa dengan buku
"Integrating Educational Technology Into Teaching" yang ditulis oleh M.D. Robyler,
University of Maryland University College.Apa yang saya nak kongsikan di sini mungkin sesuatu yang biasa pada sesetengah orang yang biasa dengan
presentation menggunakan
power point, tapi kadangkala kita terlupa bahawa
'cantik dipandang' tidak semestinya senang dibaca apatah lagi menjadi satu presentation yang berkesan. Tips untuk
presentation menggunakan
power point dengan berkesan seperti yang ditulis di dalam buku tersebut ialah:
- Large enough type - Use at least a 32-point font; use larger type if the audience is large and along distance away from the presenter.
- Contrast text and background - The audience cannot see too similar in hue to the background. Use text with high contrast to background.
- Minimize text on each frame - Use text to focus attention on main points, not present large amounts of information. Summarize ideas in brief phrases.
- Avoid too many different items on one frame - Frame designs should be simple, clear, and free of distractions. Too many items on one frame can interfere with reading, especially if some items are in motion.
- Avoid too many fancy fonts - many fonts are unreadable when projected on a screen. Use a plain sans serif (straight lines with no "hands and feets") font for titles, a plain serif font for other text.
- Avoid gratuitous sounds - Sounds interfere with communication when used solely for effect. They should always help communicate the content.
- Use graphics, not just text - Well-chosen graphics can help communicate messages. Text alone does not make best use of the capabilities of presentation software.
- Present in dark room - Frames can fade away if the room is too bright. Cover windows and turn off lights during a presentation.
- Avoid reading text aloud - Do not read what the audience can read for themselves. Use text to guide main points of discussion.
Saya percaya jika diamalkan tips yang diberikan ini,
presentation kita di dalam kelas atau di tempat kerja akan lebih 'bermakna'.
Rohana Rahmat
ICT adalah satu bidang yang sangat meluas dan pada zaman ini, penggunaannya dalam bidang pendidikan adalah penting tidak kira apa jua kursus yang diajar.
Bagi saya yang mengajar kursus-kursus di dalam bidang senibina, walaupun tidak mendapat pendidikan ICT secara formal, adalah menjadi satu keperluan untuk mempelopori sendiri bidang ini yang sentiasa berkembang dengan pantas.
Penggunaan ICT dalam mencari maklumat arkitek di seluruh dunia, rekabentuk terkini, sejarah senibina terdahulu dan lain-lain informasi dapat membantu memberi idea kepada tenaga pengajar dan pelajar sendiri.
Apatah lagi perisian untuk merekabentuk yang boleh didapati secara
online seperti
'sketch up' dapat membantu
pelajar menghasilkan
presentation drawing yang lebih menarik.
Maka, saya berharap dengan mengambil kursus ini, saya akan mendapat input yang berguna dari segi teknikal mahupun pengetahuan tentang isu-isu semasa dalam bidang ICT ini. Bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan amatlah dihargai...
Rohana Rahmat
Salam..
Sebagai pengenalan, di sini saya ingin menghuraikan definisi ICT terlebih dahulu. Perkataan 'ICT' ialah singkatan daripada "
Information and Communication Technologies" dan ia membawa maksud teknologi di dalam informasi dan komunikasi।
ICT bukan lagi perkataan yang asing dewasa ini, malah kegunaannya boleh dilihat secara meluas di dalam pelbagai bidang. Namun, di sini saya hanya akan menghuraikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan utama ICT di dalam pendidikan ialah melaksanakan penggunaan peralatan serta kelengkapan ICT di dalam proses P&P sebagai media dan juga sebagai kaedah. Secara umumnya, ICT di dalam pendidikan bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer di samping memahami isu-isu sosial dan etika yang berkaitan. Penggunaan ICT di dalam pendidikan juga membolehkan pembelajaran berlangsung menerusi "
multiple intelligence" contohnya seperti permainan simulasi. Ini membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dalam kalangan pelajar.
Informasi di dalam blog
http://www.cikgublog.com/?p=199 juga menarik dibaca.
Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologies_in_education