Rohana Rahmat
Sudah lama juga blog ini tidak sempat di update disebabkan oleh kekangan masa dan kerja seharian.
Kebetulan pada hari ini (09 Ogos 2010) jam 8.15pm, kelas ICT kami telah dijalankan secara online menggunakan salah satu web conferencing tools iaitu Dimdim. Maka, saya ingin berkongsi pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang sesi kelas berlangsung pada hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Sebelum ini, tidak pernah saya bayangkan yang saya akan terlibat menggunakan kemudahan ICT seperti ini walaupun sering saya dengar mengenainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ianya sungguh mudah dan memudahkan. Bayangkanlah, kebanyakan kami pelajar-pelajar kelas ini tinggal jauh dari kampus universiti kami, UPSI kerana kebanyakannya ialah pelajar separuh masa. Berapa banyak kos yang boleh dijimatkan dan betapa mudah pembelajaran boleh berlaku. Bagi saya yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah, pemantauan kerja sekolah anak boleh dibuat sambil belajar. Dan saya pasti rakan-rakan sekelas lainnya pun merasai kemudahan pembelajaran secara virtual ini.
3 Responses
  1. Si Merahitam Says:

    Menarikkan kak rohana kelas sebegini


  2. sama la dengan saya kak ana.. sebelum ni jika dengar berkenaan online class rasa macam pelik lak.. macam mana la pengajar dan pelajar berinteraksi. adakah sekadar chatting sahaja. bila saya menggunakannya sendiri baru nampak akan kelebihannya itu. memang menarik sangat.


  3. saya sangat teruja setiap kali kelas online dijalankan..terasa tidak sabar apakah topik terkini yang akan dikongsikan bersama pensyarah yang luas pengetahuannya tentang ICT. Deangan adanya kelas online ini, saya rasa semuanya menjadi mudah dan menarik.


Post a Comment