Rohana Rahmat


Setelah 14 minggu kuliah MTM 6053 berlangsung, maka pada 01 hb Oktober 2010 yang lalu, tamatlah kelas ini secara rasmi.


Sempena kelas terakhir dan juga sempena bulan Syawal, kami telah mengadakan jamuan makan malam. Semua pelajar membawa juadah masing-masing dan pensyarah kami, Tn hj Nazri juga menyediakan aiskrim sebagai pencuci mulut.


Terima kasih kepada semua yang membawa makanan dan minuman yang sedap.

Kelas terakhir pada malam tersebut juga merupakan kelas rumusan terhadap semua yang telah kami lakukan sepanjang tempoh pembelajaran satu semester.
Tanpa disedari, begitu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya sendiri terhadap tahap penggunaan ICT. Perjalanan kelas ini yang sangat berlainan daripada kelas biasa menimbulkan semangat baru dalam diri saya. Tiada peperiksaan akhir, sebaliknya kami perlu membangunkan satu blog berkisarkan ICT di dalam pendidikan dan menjalankan kajian kes. Pertemuan juga banyak dilakukan secara online sama ada menggunakan google presentation atau aplikasi dimdim. Sesungguhnya kelas ini walaupun hanya subjek elektif bagi saya yang mengambil teras pengurusan dan perkembangan kurikulum, namun secara peribadi ia adalah satu keperluan di dalam meningkatkan kemahiran guru di dalam ICT dan seterusnya dapat menggunakan ICT sebagai kaedah alternatif di dalam penyampaian pengajaran.
Sepanjang tempoh pembelajaran kami, banyak perkara baru yang telah dipelajari. Antaranya ialah penggunaan :
  • Blog
  • Google Docs
  • DimDim
  • Twitter
  • Skype

Walaupun saban hari komputer menjadi alat penting di dalam melakukan kerja, pengetahuan saya mengenai aplikasi di atas adalah terlalu sedikit. Selepas mengetahui cara penggunaannya, banyak yang boleh diaplikasikan di dalam P&P dan kehidupan seharian. Contohnya, sekarang ini saya gemar menghubungi keluarga di kampung mengunakan Skype di mana selain boleh berhubung secara percuma, komunikasi menjadi lebih 'live' dan meriah.

Begitu juga dengan isu-isu di dalam penggunaan ICT (seperti yang telah saya bincangkan di dalam entri sebelum ini), perlu diberi perhatian oleh diri sendiri mahupun oleh pihak pentadbir sesuatu organisasi. Antara isu tersebut ialah:

  • Skills
  • Networks
  • Equipment
  • Security
  • Intelectual Properties
  • Social
  • Information Overflow

Secara kesimpulan, saya amat gembira dengan pilihan kursus yang telah saya pilih ini dan ia benar-benar memberi manfaat kepada saya untuk digunakan di dalam P&P dan juga kehidupan seharian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Hj Nazri yang telah banyak membuka mata saya mengenai penggunaan ICT lebih daripada biasa. Semoga saya dapat memanfaatkan ilmu ini untuk mendidik anak bangsa. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Semoga berjaya di dalam bidang masing-masing....

SAYONARA....

Insyaallah saya akan meneruskan penulisan blog ini... ikuti saya :)

Rohana Rahmat
Salam...

Pada entri kali ini, saya ingin membahaskan tentang isu di dalam penggunaan internet yang tidak kurang pentingnya iaitu keselamatan internet (internet security).

Berapa ramai di antara kita yang sedar tentang isu keselamatan ini? Antara isu keselamatan internet yang biasa di dengar ialah:
  • penghantaran mesej-mesej yang mengganggu pengguna lain, menimbulkan isu sensasi seperti perkauman atau seksual dengan sengaja.
  • penyalinan bahan-bahan yang dipaten atau Hak Milik Terpelihara, termasuk teks, kod atau data tanpa kebenaran pemilik asal.
  • mengganggu perjalanan sesuatu sistem.
  • penyebaran mesej layang atau fitnah.
  • pencurian melalui 'internet banking'

Risiko keselamatan internet boleh dikurangkan seandainya kita peka dan berhati-hati di dalam setiap transaksi khususnya apabila menggunakan perbankan internet atau kad kredit; tidak membalas mesej yang tidak dikenali serta tidak meninggalkan alamat e-mail pada laman yang tidak rasmi atau boleh dipercayai selain daripada menggunakan perisian keselamatan di komputer.

Rohana Rahmat


Salam..



Selepas membicarakan tentang isu 'Harta Intelek", pada kali ini saya akan membincangkan tentang satu lagi isu mengenai penggunaan ICT untuk pendidikan iaitu 'Information Overflow' atau 'Information Overload'

Menurut Alvin Toffler,

Information overload merujuk kepada kesukaran sesorang untuk memahami isu dan membuat keputusan yang mungkin disebabkan oleh wujudnya informasi yang terlalu banyak.

Di dalam dunia hari ini, informasi mengenai sesuatu perkara boleh di dapati dengan mudah dengan melayari internet. Pengguna internet sekarang adalah pembaca dan penulis yang aktif dengan menghasilkan blog atau laman web yang memberi informasi. Sebahagian daripada penulisan tersebut merujuk kepada sumber asal namun kebanyakannya adalah pandangan peribadi penulis atau diolah mengikut kefahaman penulis.

Maka, informasi mengenai sesuatu akan banyak diperolehi melalui sumber-sumber yang berlainan dan kadangkalanya sedikit bercanggah atau berlainan susunan. Beberapa perkara yang menyebabkan wujudnya fenomena ini ialah:

  1. Penghasilan maklumat baru yang meningkat dengan pantas.
  2. Kemudahan membuat salinan dan memindahkan data melalui internet.
  3. Peningkatan saluran untuk mendapatkan maklumat ( spt telefon, e-mail, rss, laman sosial dan sebagainya)
  4. Terdapat banyak 'historical information' yang boleh dicari.
  5. Percanggahan dan ketidaktepatan maklumat yang diperolehi.
  6. Kurangnya cara untuk membuat perbandingan atau memproses maklumat yang berkaitan.

Maka, sebagai pengguna yang ingin mendapatkan maklumat sama ada melalui internet atau bahan bacaan lainnya, kita perlulah bijak untuk mengenalpasti kesahihan maklumat dengan melihat kepada sumber yang boleh dipercayai.


Rujukan - Wikipedia, http://www.gdrc.org/icts/i-overload/overload.html

Rohana Rahmat
ICT sudah digunakan secara meluas di dalam semua bidang termasuk pendidikan. Namun, di dalam penggunaannya terdapat beberapa isu yang menjadi kekangan atau perkara penting yang perlu diberi perhatian. Antara isu tersebut ialah:
  1. Kemahiran (Skills)
  2. Jaringan (Network)
  3. Kemudahan peralatan (Equipment)
  4. Keselamatan (Security)
  5. Harta Intelek (Intelectual Properties) - IP
  6. Sosial (Social)
  7. Maklumat Berlebihan (Info Overflow)

Kebanyakan kita hanya tahu menggunakan kemudahan ICT seperti melayari internet, membuat kerja menggunakan microsoft office dan banyak lagi tanpa memikirkan isu yang akan saya bincangkan kali ini iaitu 'Intelectual Properties' (IP).

menurut WIPO (World Intelectual Properties Organization),

IP atau harta intelek merujuk kepada apa yang dihasilkan oleh otak manusia; termasuklah ciptaan, penulisan dan karya artistik, simbol, nama, imej dan rekabentuk yang digunakan untuk perdagangan.

Malaysia juga salah satu negara berdaftar di bawah WIPO dan mempunyai akta sendiri untuk melindungi harta intelek tersebut. Rujuk http://www.myipo.gov.my untuk maklumat lanjut.

Tanpa kita sedari, kadangkala atau boleh dikatakan kerap juga kita mengambil gambar, imej, simbol di dalam internet; memuat turun lagu, video, movie dan sebagainya tanpa memikirkan hak penciptanya. Selain itu, di dalam pembelajaran juga kita sering membuat salinan buku yang dipinjam daripada perpustakaan sebagai rujukan peribadi. Hal ini telah menjadi biasa disebabkan ceteknya pengetahuan kita mengenai harta intelek ini.

Apabila saya imbas kembali pengalaman saya belajar di negara matahari terbit selama 5 tahun, tidak terlintas pun di fikiran saya untuk membuat salinan kepada buku yang dipinjam daripada perpustakaan kerana tidak wujud budaya sedemikian. Jika mampu, buku tersebut akan saya beli dan jika tidak akan saya lanjutkan tempoh peminjaman. Di negara maju, kesedaran mengenai harta intelek adalah tinggi. Setakat pemerhatian saya, tidak pernah wujud CD, Video cetak rompak dan lain-lain. Penyewaan bahan-bahan tersebut boleh dibuat dengan harga yang murah (bergantung kepada tarikh keluaran) dan ianya sah di sisi undang-undang. Kedai-kedai fotostat tidak banyak dan barang-barang, penemuan baru semuanya di 'paten'kan.

Mungkinkah warga Malaysia boleh menjadi rakyat yang prihatin dan sedar tentang harta intelek suatu hari nanti?
Rohana Rahmat
Bagi melengkapkan syarat mata pelajaran MTM 6053, saya telah menjalankan satu kajian kes di tempat saya bertugas iaitu Kolej Negeri Chedang Campus, Seremban, Negeri Sembilan. Tajuk kajian kes tersebut ialah "Penerapan Penggunaan ICT di dalam Kurikulum Diploma Teknologi Senibina - Satu Kajian Kes di Kolej Negeri".

Objektif kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai perkaitan di antara ICT dengan kurikulum Diploma Teknologi Senibina di Kolej Negeri dan kekerapannya di dalam P&P.

Kepentingan kajian ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepada pensyarah senibina dan juga kepada pentadbir kolej.

1. Hasil kajian boleh digunakan oleh pensyarah senibina untuk :

  • Mengenal potensi dan kelemahan pelajar
  • Merancang pengajaran dengan lebih berkesan

2. Hasil kajian juga boleh digunakan oleh pentadbir kolej untuk :

  • Menambahbaik kemudahan ICT di premis kolej
  • Memberi latihan yang bersesuaian kepada tenaga pengajar kolej
Instrumen kajian ialah dua set borang soal selidik yang ditujukan kepada kumpulan pelajar dan kumpulan pensyarah.

Soal selidik kepada pelajar mengandungi 19 item yang cuba mengukur persepsi mereka terhadap penggunaan ICT di dalam proses pembelajaran dan kekerapan penggunaannya.

Soal selidik kepada pensyarah pula mengandungi 14 item yang cuba mengukur kekerapan penggunaan ICT di dalam proses P&P, tahap kemahiran pensyarah, dan persepsi pensyarah terhadap kepentingan ICT untuk mereka dan para pelajar.

Dapatan kajian secara ringkasnya mendapati bahawa :
  • Kekerapan paling tinggi pelajar menggunakan ICT ialah untuk membuat rujukan rekabentuk diikuti dengan mencari bahan pembelajaran, berhubung dengan rakan dan pensyarah, berkongsi maklumat melalui laman web/blog dan mencari maklumat software terkini.
  • Kekerapan paling tinggi pensyarah menggunakan ICT ialah untuk mencari bahan pengajaran, berhubung dengan pelajar, menggunakan ICT semasa mengajar di dalam kelas dan menyebarkan maklumat melalui laman web/blog.
  • Ketiga-tiga pensyarah yang terlibat menyedari kepentingan ICT di dalam kurikulum senibina apabila melihat huraian silibus matapelajaran. Mereka juga beranggapan bahawa ICT sangat berguna kepada pensyarah dan pelajar. Namun, mereka mengatakan bahawa tahap kemahiran ICT mereka adalah di tahap sederhana.
  • Kekerapan paling tinggi pelajar menggunakan kemudahan internet adalah di kedai makan, diikuti rumah/ hostel, cyber cafe dan kawasan kolej.

Perbincangan & Cadangan

Seiring dengan kemajuan teknologi, ICT telah menjadi sesuatu yang mesti dikuasai oleh tenaga pengajar dan pelajar senibina kerana selain dari mendapatkan maklumat atau rujukan melaluinya, penggunaan ICT dapat membantu meningkatkan kualiti hasil kerja.

Dengan menggunakan teknologi ICT, hasil kerja senibina dapat dipertontonkan dalam bentuk yang lebih mudah difahami (3D art).

Namun, tidak semua tenaga pengajar betul-betul mahir di dalam penggunaan ICT. maka, pentadbir perlu peka dengan keperluan latihan yang diperlukan oleh tenaga pengajar seiring dengan kemajuan teknologi.

Kemudahan penggunaan ICT di dalam kawasan kolej juga perlu dipertingkatkan bagi kemudahan pelajar dan semua tenaga pengajar serta kakitangan lain.

Rohana Rahmat
Salam...

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan laman web sosial seperti facebook, twitter, hi-5, dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.
Tidak hairanlah juka ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar, pekerja serta suri rumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara online di laman tersebut.
Dipetik daripada akhbar Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010):

Pakar otak terkemuka Britain, Susan Greenfield yang juga merupakan pensyarah Universiti Oxford menyatakan bahawa ketagihan internet boleh merubah otak dengan menjejaskan tumpuan dan mengurangkan aspek kepantasan reaksi dan empati. Individu boleh menjadi seorang yang dingin, tidak peka atau sensitif terhadap orang lain kerana fungsi otak mereka sudah berubah kerana terlalu asyik dengan komputer.


Penggunaan laman web sosial juga mengurangkan interaksi secara bersemuka dan mengurangkan kemahiran sosial. Mungkinkah ini juga penyebab ramai graduan Malaysia sukar mendapat pekerjaan kerana salah satu faktor yang dikenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan graduan di Malaysia. Terdapat juga pernyataan yang mengatakan laman web sosial boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan semua ahli keluarga lebih suka berkomunikasi dengan rakan di alam maya berbanding keluarga sendiri.
Namun, di sebalik pelbagai kelemahan laman web sosial tersebut, ia juga banyak memberikan kelebihan kepada penggunanya. Contohnya, terdapat individu yang mengaut keuntungan berpuluh-ribu dengan berniaga melalui laman tersebut. Tanpa perlu membayar sewa kedai, mempunyai lesen perniagaan dan lain-lain bil, mereka boleh memasarkan barangan dengan meluas.
Laman web sosial juga boleh digunakan oleh pendidik untuk berhubung dengan pendidik di tempat lain untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna.
Satu lagi cara baru penggunaan laman web sosial seperti facebook ialah boleh digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data kajian melalui temuramah secara maya. Walaupun cara berkenaan belum dikatakan sah untuk membuat kajian, ia adalah satu cara alternatif yang boleh difikirkan.
Setiap benda di dunia ini pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan. Maka, penggunaan laman web sosial ini boleh menjadi sesuatu yang positif mahupun sebaliknya bergantung kepada si pengguna. Gunakanlah kemajuan ICT ini dengan cara yang betul agar kita menjadi manusia yang bijaksana.





Rohana Rahmat
Kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. Walau sebijak manapun kanak-kanak tersebut, hakikatnya mereka tetap kanak-kanak yang suka bermain dan mudah tertarik dengan benda-benda baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak sekarang banyak menghabiskan masa bermain di dalam berbanding di luar rumah. Banyak faktor yang menyebabkan ini terjadi termasuklah soal keselamatan, tiada tempat permainan, tiada kawan terdekat mahupun kebimbangan ibubapa untuk membenarkan mereka bermain di luar rumah berikutan jenayah yang semakin meningkat.

Oleh kerana itu, kanak-kanak sekarang (juga digelar Millennial, (Carlson, 2005)) banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen, bermain 'in door games' dan mengulangkaji pelajaran. Bagi ibubapa yang berpendidikan, seakan menjadi 'trend' semasa untuk menghantar anak menghadiri tuisyen disebabkan oleh persaingan yang sengit di antara pelajar bermula sekolah rendah lagi. Jika tidak menghantar anak ke pusat tuisyen, pastinya mereka mahukan anak mereka belajar di rumah supaya tidak ketinggalan di dalam kelas.

Mengarahkan anak untuk belajar pada hari cuti bukanlah sesuatu yang mudah kerana suasana di rumah tidak sama dengan di sekolah. Bagi kanak-kanak yang bermotivasi intrinsik, pastinya tidak menjadi masalah, tetapi kebanyakan kanak-kanak lebih gemar bermain dari belajar. Maka, selain daripada latihan di dalam buku, ibu bapa juga boleh memberikan mereka latihan secara interaktif dengan menggunakan laman pendidikan secara online. Walaupun laman pendidikan dalam Bahasa Malaysia amatlah sedikit terutamanya tanpa bayaran, ibu bapa boleh menggunakan laman pendidikan Bahasa Inggeris yang mana kandungannya hampir sama dengan sukatan pelajaran di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga laman pendidikan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak pra sekolah dan ke bawah yang sangat menarik dan membantu tumesaran otak dengan baik.
Antara laman web tersebut ialah:
- http://www.e-learningforkids.org/
-
http://www.macgamesandmore.com/elearninggames.html
-
http://www.kbears.com/
-
http://www.ixl.com/
-
http://www.playkidsgames.com/

Berikut adalah contoh menu utama bagi laman pendidikan berkenaan. Pelajar boleh memilih tahap dan subjek yang disukai.

Imej di bawah pula ialah antara aktiviti pembelajaran yang terkandung di dalamnya. Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak sangat teruja dengan pembelajaran e-learning ini. Imej yang bergerak dan berwarna-warni menarik perhatian dan minat mereka untuk belajar.



Banyak lagi yang boleh diterokai oleh ibubapa bagi menjadikan proses pembelajaran digemari oleh anak-anak dan berkesan meningkatkan prestasi. Walaubagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka melayari laman web yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak juga tidak patut 'dikurung' di dalam rumah sahaja dan perlu dibenarkan untuk bermain di luar rumah pada masa tertentu untuk menjadikan mereka cergas dan cerdas.
Rohana Rahmat
Penggunaan eBook di Terengganu, Pembekalan Interaktif CD oleh Pusat Pembangunan Kurikulum dan lain-lain lagi adalah satu usaha kerajaan yang 'cantik' untuk menerapkan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.

Namun, berdasarkan kajian, pemerhatian dan temubual bersama guru yang dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan dan penggunaannya tidak seperti yang diharapkan. Bak kata pepatah "indah khabar dari rupa".

Pembekalan eBook kepada pelajar di Terengganu diharapkan dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan pelajar dan dapat meringankan beg pelajar. Tetapi hakikatnya, tidak ramai guru yang bersedia dengan teknologi tersebut dan hanya menggunakannya sekali sekala. Akhirnya, eBook hanya alat bantuan permainan pelajar dan bukannya alat bantuan pembelajaran.

PPK juga ada membekalkan CD pembelajaran bagi sesetengah mata pelajaran, namun berdasarkan temubual bersama beberapa guru, CD tersebut jarang sekali dibuka dan digunakan bersama pelajar sedangkan kos pembinaannya menelan belanja yang mahal. Sebaliknya terdapat juga guru yang hanya menayangkan CD di dalam kelas tanpa mengulas secara terperinci isi kandungan pelajaran tersebut. Penggunaan CD tersebut adalah tidak tepat dan peranan guru sebagai fasilitator telah disalahertikan.

Secara keseluruhan, isu di atas adalah berkaitan dengan 'guru'. Guru sebagai pemimpin kurikulum sewajarnya mengatur segala aktiviti P&P dengan berkesan, menggunakan segala kemudahan yang diberikan dengan baik, dan menilai keberkesanan aktiviti P&P yang dijalankan. Maka, guru perlu menjadi proaktif dan bersedia untuk berubah selari dengan perkembangan teknologi semasa. Guru yang berani berubah akan lebih senang mendekati pelajar dan membawa pelajar ke arah kejayaan. Namun, berapa ramaikah guru yang sedar hakikat ini dan adakah guru di Malaysia bersedia ke arah perubahan tersebut.
Rohana Rahmat
How impressive... Inilah yang boleh dihasilkan jika mahir dengan aplikasi SketchUp
Selalunya terjadi kekeliruan bagaimana untuk 'link'kan di antara CAD dengan SketchUp. Mungkin ini boleh membantu.
Rohana Rahmat
Perkataan e-learning dalam konteks pendidikan di Malaysia kini mula hangat diperkatakan. Sebelum melangkah lebih jauh, cuba kita definisikan apakah makna e-learning tersebut.

Menurut Wahyu dan Yahya (2006),definasi ‘e-learning’ atau electronic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi dan juga seringkali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Maka,konsep e-learning ini adalah meluas dan bukannya sekadar pembelajaran atas talian (online) semata.

Menurut Wahyu dan Yahya (2006) juga, perkembangan e-learning di Malaysia adalah baru jika debandingkan dengan negara-negara barat dan negara jiran, Singapura. Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh ‘National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk mewujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah ‘e-community, ‘e-public services’, ‘e-learning’, ‘e-economy’, dan ‘e-sovereignty’. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan pula telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan.

Banyak perbincangan yang telah dibuat untuk membuat perbandingan di antara kaedah pembelajaran taradisional dengan e-learning. Kaedah tradisional dikatakan tidak menjadikan suasana pembelajaran aktif berbanding dengan e-learning. Pelajar pada zaman ini yang digelar pelajar 'Net Generation' atau 'Millennial' mahukan profesor mengubah cara pengajaran mereka (Carlson, 2005). Carlson (2005) juga melaporkan bahawa pelajar Millennial adalah bijak tetapi kurang sabar. Mereka mengharapkan keputusan segera dan selalu tertarik dengan alatan elektronik yang canggih. Oleh itu, berdasarkan kepada sikap semulajadi mereka, mungkin boleh dikatakan bahawa kaedah e-learning adalah lebih sesuai untuk generasi baru ini.

Namun, berpegang kepada tiada satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk semua orang, saya percaya bahawa e-learning tidak boleh digunakan secara sepenuhnya di Malaysia. Kepelbagaian kaedah akan menarik minat lebih ramai pelajar untuk terus mengikuti kelas tersebut.

Tidak berapa lama dulu juga, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan fakta mengenai faktor-faktor yang menyebabkan siswazah mengganggur di Malysia ini Salah satu sebabnya ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan siswazah tersebut. Bolehkah diandaikan bahawa e-learning yang kebiasaannya dibuat secara berseorangan mengurangkan kemahiran interpersonal pelajar?

An Overview of e-Learning (based in Arizona)
Rohana Rahmat
Di sini saya kongsikan beberapa video lagi untuk pembelajaran asas aplikasi SketchUp. Pengetahuan asas ini jika dikuasai akan memudahkan anda untuk membuat apa sahaja bentuk dalam 3D. Kelebihan SketchUp ini ialah ia sangat mudah dipelajari dan sangat mudah juga digunakan.

Setelah melihat kedua-dua video di atas, anda boleh cuba mengaplikasikan pengetahuan asas dengan membuat satu bentu mudah seperrti di bawah. Boleh diperhatikan bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh dipilih mengikut kebolehan anda. Selamat Mencuba!!
Rohana Rahmat
Salam Lebaran...

Dalam era pendidikan kini, pembelajaran lebih tertumpu kepada student-centered atau istilah lainnya , learner-centered berbanding kaedah tradisional iaitu penerangan secara kuliah oleh guru. Huraian kepada istilah tersebut akan saya berikan pada post akan datang. Di sini apa yang saya ingin kongsikan ialah perubahan dalam pendidikan yang telah berlaku di dalam bidang yang saya ceburi iaitu Senibina (Architecture).

Apa yang saya pelajari 9 tahun lepas dengan kurikulum terkini secara asasnya memanglah sama, namun dari segi teknologi rekacipta, banyak yang telah dipermudahkan melalui software-software terkini yang banyak membantu menjadikan lukisan persembahan dan lukisan kerja tersebut lebih menarik.

Antara software yang selalu digunakan dalam merekabentuk ialah SketchUp. Ia adalah program 3 dimensi (3D) yang dicipta untuk arkitek, jurutera awam, pembuat filem, pereka permainan, dan kerjaya berkaitan. SketchUp dibina dengan cara penggunaannya lebih mudah daripada program 3D CAD.

SketchUp mula diperkenalkan pada Ogos 2000 sebagai alat rekaan umum untuk 3D
dengan tagline "3D for everyone". Program ini telah memenangi Community
Choice Award pada tahun 2000. Kunci kejayaan awalnya ialah masa yang diperlukan
untuk mempelajari SketchUp adalah lebih singkat berbanding program 3D yang lain.
Pada April 2006, Google telah melancarkan Google SketchUp iaitu versi yang boleh
dimuat turun secara percuma. Versi percuma ini tidaklah sehebat SketchUp Pro,
namun ia mengandungi aplikasi yang membolehkan hubungan dengan Google Earth dan Google 3D Warehouse.

Semua aplikasi ini sangat membantu pelajar di dalam pembelajarannya. Guru akan hanya memberikan tajuk rekabentuk dan penerangan ringkas mengenai penggunaan SketchUp di dalam kelas. Adalah menjadi menjadi tugas pelajar sendiri untuk memahirkan diri di dalam penggunaan software tersebut kerana masa pembelajaran di dalam kelas adalah terhad. Di sinilah pentingnya peranan guru sebagai fasilitator dan pelajar sebagai tenaga penggerak bagi pembelajarannya sendiri. Bagi membantu pelajar memahirkan diri menggunakan SketchUp, terdapat banyak video pembelajaran yang boleh membantu.

Pengenalan dan asas menggunakan SketchUp boleh dipelajari dengan melihat video berikut:
Rohana Rahmat
Aplikasi Google bukanlah satu nama baru bagi mereka yang biasa melayari internet.
Namun, penggunaan Google For Educators adalah baru bagi saya dan semakin mengenalinya, saya dapati banyak lagi yang boleh diterokai dan digunakan sebagai kaedah alternatif untuk P&P.
Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah:
SEARCH
COMMUNICATE, SHOW & SHARE
NEWLY FEATURED

Setakat ini aplikasi blogger, calendar, docs, groups, sketchup, dan booksearch telah diterokai, namun masih banyak yang belum dipelajari. Benarlah kata orang bahawa "semakin banyak berjalan, semakin luas pemandangan" dan "semakin tinggi belajar, semakin banyak yang tidak tahu".
Rohana Rahmat
Salam RAMADHAN...
Sedikit selingan di bulan yang mulia ini.
Andai anda merasa bosan menghadap komputer sepanjang hari untuk membuat kerja, atau terasa hendak mengaji tetapi tiada Al Quran di sisi, apakata cuba online Al-Quran ini.

Dikirim oleh sahabat kepada sahabat saya, ia membuatkan saya sedar bahawa penggunaan ICT sangat meluas... termasuklah untuk berdakwah dan menyebarkan peringatan untuk kita sentiasa beribadah.
Semoga amalan kita diberkati... Amin
Rohana Rahmat

Aplikasi Google For Educators memang menarik. Banyak yang boleh diterokai secara online dan yang pentingnya dapat dikongsi bersama pelajar-pelajar.

Sebagai pendidik, saya juga tidak ketinggalan untuk sama-sama mencuba dan merasai pengalaman menjalankan P&P secara online. Baru-baru ini, saya telah mewujudkan satu kumpulan (group) untuk matapelajaran yang diajar iaitu Rekabentuk Senibina 3. Kumpulan ini saya namakan rsb3. Semester baru sahaja bermula dan saya telah memberi tugasan kepada mereka untuk mencari konsep dan membuat 'precedent study' berkaitan rekabentuk yang akan dihasilkan. Menarik bila mereka cuba juga untuk memberikan komen di atas tajuk discussion yang saya berikan walaupun masih baru dengan kaedah ini.

Perkongsian maklumat dan bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menjimatkan kos percetakan.

Harapan saya semoga pelaksanaan kaedah ini dapat memberi manfaat kepada mereka dan meningkatkan kualiti rekabentuk yang akan dihasilkan...

Rohana Rahmat
Salam... kelas Isu-isu ICT di dalam pendidikan kami baru sahaja tamat. Walaupun line malam kurang elok, mungkin disebabkan cuaca yang kurang elok, banyak info berguna yang saya perolehi. Di sini saya ingin berkongsi beberapa info yang saya cari berdasarkan slaid yang dibentangkan oleh pensyarah kami, Tn Hj Nazri.

  1. Info mengenai Smart School blueprint (Cadangan konsep pelaksanaan Sekolah Bestari) di Malaysia.
  2. Info mengenai tokoh akademik yang memperjuangkan penggunaan ICT dalam P&P iaitu Prof Seymour Papert.
Sangat berguna untuk saya dan semoga berguna untuk anda juga.
Rohana Rahmat
Sudah lama juga blog ini tidak sempat di update disebabkan oleh kekangan masa dan kerja seharian.
Kebetulan pada hari ini (09 Ogos 2010) jam 8.15pm, kelas ICT kami telah dijalankan secara online menggunakan salah satu web conferencing tools iaitu Dimdim. Maka, saya ingin berkongsi pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang sesi kelas berlangsung pada hari ini dan hari-hari sebelumnya.
Sebelum ini, tidak pernah saya bayangkan yang saya akan terlibat menggunakan kemudahan ICT seperti ini walaupun sering saya dengar mengenainya. Apa yang boleh saya katakan ialah ianya sungguh mudah dan memudahkan. Bayangkanlah, kebanyakan kami pelajar-pelajar kelas ini tinggal jauh dari kampus universiti kami, UPSI kerana kebanyakannya ialah pelajar separuh masa. Berapa banyak kos yang boleh dijimatkan dan betapa mudah pembelajaran boleh berlaku. Bagi saya yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah, pemantauan kerja sekolah anak boleh dibuat sambil belajar. Dan saya pasti rakan-rakan sekelas lainnya pun merasai kemudahan pembelajaran secara virtual ini.
Rohana Rahmat
Dalam pada mencari artikel yang menarik untuk dimuatkan dalam blog ini, saya terjumpa dengan buku "Integrating Educational Technology Into Teaching" yang ditulis oleh M.D. Robyler, University of Maryland University College.

Apa yang saya nak kongsikan di sini mungkin sesuatu yang biasa pada sesetengah orang yang biasa dengan presentation menggunakan power point, tapi kadangkala kita terlupa bahawa 'cantik dipandang' tidak semestinya senang dibaca apatah lagi menjadi satu presentation yang berkesan. Tips untuk presentation menggunakan power point dengan berkesan seperti yang ditulis di dalam buku tersebut ialah:
  1. Large enough type - Use at least a 32-point font; use larger type if the audience is large and along distance away from the presenter.
  2. Contrast text and background - The audience cannot see too similar in hue to the background. Use text with high contrast to background.
  3. Minimize text on each frame - Use text to focus attention on main points, not present large amounts of information. Summarize ideas in brief phrases.
  4. Avoid too many different items on one frame - Frame designs should be simple, clear, and free of distractions. Too many items on one frame can interfere with reading, especially if some items are in motion.
  5. Avoid too many fancy fonts - many fonts are unreadable when projected on a screen. Use a plain sans serif (straight lines with no "hands and feets") font for titles, a plain serif font for other text.
  6. Avoid gratuitous sounds - Sounds interfere with communication when used solely for effect. They should always help communicate the content.
  7. Use graphics, not just text - Well-chosen graphics can help communicate messages. Text alone does not make best use of the capabilities of presentation software.
  8. Present in dark room - Frames can fade away if the room is too bright. Cover windows and turn off lights during a presentation.
  9. Avoid reading text aloud - Do not read what the audience can read for themselves. Use text to guide main points of discussion.
Saya percaya jika diamalkan tips yang diberikan ini, presentation kita di dalam kelas atau di tempat kerja akan lebih 'bermakna'.
Rohana Rahmat
ICT adalah satu bidang yang sangat meluas dan pada zaman ini, penggunaannya dalam bidang pendidikan adalah penting tidak kira apa jua kursus yang diajar.
Bagi saya yang mengajar kursus-kursus di dalam bidang senibina, walaupun tidak mendapat pendidikan ICT secara formal, adalah menjadi satu keperluan untuk mempelopori sendiri bidang ini yang sentiasa berkembang dengan pantas.
Penggunaan ICT dalam mencari maklumat arkitek di seluruh dunia, rekabentuk terkini, sejarah senibina terdahulu dan lain-lain informasi dapat membantu memberi idea kepada tenaga pengajar dan pelajar sendiri.
Apatah lagi perisian untuk merekabentuk yang boleh didapati secara online seperti 'sketch up' dapat membantu pelajar menghasilkan presentation drawing yang lebih menarik.
Maka, saya berharap dengan mengambil kursus ini, saya akan mendapat input yang berguna dari segi teknikal mahupun pengetahuan tentang isu-isu semasa dalam bidang ICT ini. Bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan amatlah dihargai...
Rohana Rahmat
Salam..

Sebagai pengenalan, di sini saya ingin menghuraikan definisi ICT terlebih dahulu. Perkataan 'ICT' ialah singkatan daripada "Information and Communication Technologies" dan ia membawa maksud teknologi di dalam informasi dan komunikasi।

ICT bukan lagi perkataan yang asing dewasa ini, malah kegunaannya boleh dilihat secara meluas di dalam pelbagai bidang. Namun, di sini saya hanya akan menghuraikan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan utama ICT di dalam pendidikan ialah melaksanakan penggunaan peralatan serta kelengkapan ICT di dalam proses P&P sebagai media dan juga sebagai kaedah. Secara umumnya, ICT di dalam pendidikan bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer di samping memahami isu-isu sosial dan etika yang berkaitan. Penggunaan ICT di dalam pendidikan juga membolehkan pembelajaran berlangsung menerusi "multiple intelligence" contohnya seperti permainan simulasi. Ini membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dalam kalangan pelajar.

Informasi di dalam blog http://www.cikgublog.com/?p=199 juga menarik dibaca.

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Information_and_communication_technologies_in_education